NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD SALEH
158958
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, selesai juga kesemua tugasan subjek BBM3410 yang diberi oleh Dr. Nott, dan dapat melaksanakannya dengan baik. In Sha Allah. segala penat lelah dalam melaksanakan tugas yang diberi seakan menguji kesabaran fizikal dan mental ku. huhu..(sabar je lah...) setiap minggu saja tugas-tugas baru yang diberi oleh Dr. Nott. (hhhmmm, tak sempat tarik nafas langsung). Tambah pula dengan Assignment subjek, dengan final year project lagi, sampai demam-demam jugak la.. :(
Bila dah selesai semua tugasan yang diberi, terasa sedih dihati (sayu pulak hati ni..hehehe). mana taknya, sem akhir dah rupanya aku ni.. banyak lagi cabaran dan dugaan yang akan di redah lepas ni.. terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Nott yang selama ini banyak memberi tunjuk ajar dan menguji kesabaran aku.. (huhuhu..) aku pasti akan merinduiMu Dr. Nott.. tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan, semoga kalian berjaya di Dunia mahu pun Di Akhirat .
In Sha Allah..
SALAM RINDU buat kalian semua,
semoga ada umur yang panjang, In Sha Allah kita akan bertemu lagi..
VIDEO ONE SHOT
VIDEO SERAM
VIDEO PENGAJARAN
VIDEO TANPA WAJAH
*Video tanpa wajah ( BBm3410: Video tanpa wajah Briliance Group) dan Video realiti orang Malaysia ( BBM 3410 Realiti Orang Malaysia) tidak boleh dimuat naik di sini. Harap maaf atas kesulitan yang berlaku. Rajin-rajin lah tengoknya di Utube.
Dan ini pula gambar-gambar unik yang telah dihasilkan oleh gabungan kumpulan Brilliance Group dan Forever Lasting. Semoga terhibur.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan di dalam hati;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.
Malam ini merendang jagong,
Malam esok merendang serai;
Malam ini kita berkampung,
Malam esok kita bercerai.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita bersama mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
SALAM AKHIR....
SALAM RINDU BUAT SEMUA....





















No comments:
Post a Comment